SYABAS PDRM! Tekad Banteras Judi Haram Dalam 30 Hari

Posted on

http://www.mynewshub.cc

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu Datuk Mazlan Lazim bertekad mahu membersihkan segala bentuk kegiatan perjudian haram di ibu negara ini dalam tempoh 30 hari bermula semalam.

Mazlan berkata tempoh berkenaan diberi kepada setiap ketua polis daerah supaya mereka serius dan benar-benar fokus dalam menangani kegiatan perjudian di kawasan masing-masing.

“Bagi memastikan usaha ini berjaya, Polis KL telah menubuhkan pasukan khas yang akan diatur gerak bagi mengesan mereka yang terlibat dengan kegiatan perjudian haram ini.

“Pasukan ini dibekalkan dengan peralatan khas bagi mengesan mereka yang aktif dalam sindiket perjudian dalam talian terutama di lima kawasan iaitu Sentul, Cheras, Dang Wangi, Wangsa Maju serta Brickfields… saya yakin dengan peralatan khas ini mereka yang terlibat tidak akan dapat lari kerana setiap pergerakan mereka diawasi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik yang baharu ACP Zulkefly Yahya di sini, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *